Sunday, August 29, 2010

Menu Berbuka Puasa 1

Ni la dia menu berbuka (Homemade taw) kami n Adam; sodap gilo la...!
Boleh lawan Kari Kepala Ikan Kg Attap nih!!

Sambal Ikan Bilis Petai


Masak Lemak Kobis Berempah

Kari Kepala Ikan

Buka Puasa @ Wangsa Maju

Awal puasa nih, kami jemput Abe Ni, Mat Yie, Salleh N Adam bukak puasa kt Wangsa Maju.
Menu special; Ayam Percik Kelate, Ikan Siakap Kukus,....byk lagi.
Perghh...sedap giler




Kek Coklat Homemade

Kek Coklat Homemade nih, siap bagi kt member2 ofis lg.

Ramai yg puji kek coklat Pn Asma nih. Sedap katenye.
Kembang la tuuu...


Yong Tau Foo @ Pantai Kundur a.k.a Pantai Puteri

Yong Tau Foo @ Pantai Puteri ni disediakan di Gerai Mesra Ria, Food Court Pantai Puteri.
Specialnya yong tau foo nih, ia boleh served dgn sup sekali.
Boleh tahan la, tp xboleh callenge yong tau foo Seremban-Warung Kita @ Astro Prima (akan 'be posted' shortly, tungguu...)

Dapatlah bawak si Along Syazwani nih jalan-jalan cari makan.




Ikan Bakar Sekinchan @ Setiawangsa


Ikan Bakar Sekinchan nih baru je dibuka kt Setiawangsa. Sebelum nih tempat nih mmg 'agak suram', tp lepas adanya ikan bakar nih, nampak happening la. Not bad. So, kami try usha kt Ikan Bakar Sekinchan dgn menu Ikan Siakap + Udang + Kerang + Nasi Lemak. Tp, harganya mahal sikit la... Rase ikan bakarnye.....boleh tahan.

Kene pilih seafood dulu. Tp mase tuh, xbyk choice...




Then, timbang @ kaunter N bagitau kt brader tuh kita duduk meja mana...


Inilah hasilnya....

Kacang Pool @ JB




Ini ialah menu sarapan kami (team volleyball) semasa di JB.


Kacang pool nih, kami makan di Medan Selera Larkin (port breakfast aku semasa keje di JB dolu-dolu). Mengikut cerita owner kedai ini (rasenye Hj Pool), die kate Kacang Pool nih resipi dr Arab. Resipinya roti bakar + kuah daging + telur mata kerbau...superbbb!!

Tuesday, August 10, 2010

DIY - Ukuran-ukuran asas kabinet dapur dan perkakasan

Ukuran-ukuran asas kabinet dapur dan perkakasan

Apabila anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain.
Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui. Sila rujuk Gambar 1 untuk memahami ukuran yang dimaksudkan.
Ketinggian-ketinggian
A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci
Kedalaman-kedalaman
E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci


Gambar 1: Rujukan untuk ukuran-ukuran asas yang dimaksudkan
Anggaran ukuran-ukuran lebar perkakas dapur
Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.
Berikut adalah antara ukuran “standard” perkakasan yang biasa dipasang di dapur:-
Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci
Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci
Peti sejuk kecil: 24 inci
Peti sejuk sederhana: 27 inci
Peti sejuk besar: 35 inci
Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci
Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci
Hob dapur: 29 inci
Hood dapur (slim): 29 inci
Hood dapur normal: 35 inci
Rak pengering pinggan: 24/30 inci
Mesin basuh: 24 inci
Untuk ukuran perkakasan yang tepat, anda bolehlah menentukan terlebih dulu model dan jenama perkakasan yang ingin anda gunakan.
*kredit to senihias.com

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah kita diterima Allah s.w.t.

Hari ini juga sudah genap 1 tahun (10 Aug 2009) usia Akma bin Akram (jika dia masih ada)... Semoga Allah memberkati dia.

KASTEL - Karnival Sukan TM 2010

KASTEL 2010 telah berlangsung pada 22-25 Julai 2010 di Stadium Larkin & Kompleks Belia dan Sukan Larkin.

Aku mewakili pasukan TM Selangor utk Volleyball.
Disebabkan tournament menetapkan setiap pasukan wajib ada dua(2) org veteran, kami dikira kalah dlm kumpulan (disqualified) sbb team member(veteran) injured.
Takpe le, bukan salah si Usop (nk injured). Kesian kt bro Usop, tisu hamstring koyak.
Takde rezeki la tuh. Maybe we'll for the next year tournament la.

Group A
SELANGOR
Terengganu
Kelantan
Melaka

Game A
SELANGOR vs Kelantan (2-0)
SELANGOR vs Terengganu (0-2)
SELANGOR vs Melaka (0-1) - Disqualified
Please refer to pics below, sbg tatapan umum.
Fully sponsored by Mizuno & Adidas nihh...
Jersey Red & Blue - 2 pair (with our name at the back)
Stokin - 1 pair
Kasut (Wave Lightning) - 1 pair
Beg Kasut - 1 pc
Sandal (Adidas) - 1 pair
Luggage Bag (Adidas) - 1 pc
*thanks to Ajak n Hilmi